Monday, January 24, 2011

CERITA 1 : BOS KECIK AKU tu sebenarnya siapa?

PART 1 :

Dumb!!!   “Adoi, sakit nyer dahi aku.Tadi elok je pintu nie terbuka luas.” Marah aku terhadap pintu yang tak bernyawa
Malunye aku. Dah tak pasal-pasal semua nengok aku sambil berbisik-bisik sambil tersenyum.
Ngumpat aku ar tuwh. Nak gelak, gelak jelah cik kiah oit...
Lantas aku bangun sambil mengumpulkan dokumen-dokumen yg sudah bertaburan

dap..dap...dap, bunyi derapan kaki menuju kearahku. Suara sumbang yang tadi macam tebuan tiba-tiba senyap.
Aku buat derk jela...
Setelah ku kumpul semua dokumen terus aku bangun tanpa menoleh kebelakang...
“ makkkk!!!”sekali lagi dokumen yg berada di tanganku ini bertaburan..rupa-rupanya bos kecik ada di belakang aku
Patut pom cik kiah-cik kiah kita tadi senyap je tetibe
Ekh...asal aku ta buleh nak gerak nie...upss, alamak camner bos kecik nie buleh peluk aku..aisyyyhh...nie nak kena ni

“ ekh,bos. Lepaskan lah...Oooo, amek kesempatan ea?”

“jangan main tuduh-tuduh kalau ta tahu”

“tak tahu ape nya?. Buktinya tadi bos pegang saya”

“tadi saya tolong awak dari jatuh tesebam macam nangka busuk”

“ekh..ekh pak nenek nie, banyak la punya cekadak.” Ngomel aku

“apa awak cakap???”

“tade apew-apew bos. Terima kasih yarh” ungkapku yang tak berapa ikhlas lantas mengutip dokumen buat kali kedua dan berlalu.

Tiba-tiba terdengar suara sumbang berkata “hati-hati,nanti langgar lagi pintu kaca tu”
Arghhh...malunyer aku




Hari yang cerah. Semoga hari nie aku dapat buat yang terbaik. Chaiyokk Alia..

“ Bos, saya belum dapat masukkan lagi fail ni dalam kereta”, mati aku! Jantung semakin kuat bertalu.Kenapalah nasib aku asyik malang je nieyh..

“ Kenapa pula? Tak jumpa pintu masuk?”, dia mula menyoal aku. Macam mana aku nak jawab soalan dia nie. Lantak, apa nak jadi…

“ Saya tak tersengaja terjatuhkan kunci bos kart dalam longkang.” Ujarku yg agak tergagap
Mukanya yg mula-mula cover macho, kini kelat semacam.Aduhhh bagaimana ini.

“Awak nie, buat kerja tak penah telus.Awak ikhlas ke tidak bekerja di syarikat nie?” soalnya dalam nada yang marah


“ erk..maafkan saya”

“ Apa maaf-maaf, pergi dapatkan balik kunci saya. Tak kira bagaimana caranya” tegas kata-katanya membuatku terkedu lalu menganggukan kepala.

“ Awak boleh keluar sekarang”, sabar Adrian, sabar. Ish, kenapalah minah ni lain macam ragamnya! Selalu buat aku pening…

Dengan segera aku kembali ke longkang yang berada berhadapan tempat parkir kereta bos kecik aku yang menyakitkan hati..
Arghh!!! Menyesal pulak tidak mahu dengar kata-kata papa

Begitulah hari-hari aku, ape yang aku buat. Tak kira lah, asalkan bos kecik tu yg suruh, gerenti ada je yang tak kena.


Harini tugasku perlu mencari fail yang dah berkurun. Sebenarnyer keje aku nie PA die ke atau kuli die. Erkkk, cam lebih kurang je.
Fail yang bertimbun aku perhatikan dengan penuh bimbang! Matilah aku, macam mana nak cari fail yang berusia 8 tahun lepas. Ini yang susahnya bila syarikat semakin maju. Banyak benar fail-fail yang zaman Jepun tok kadok dulu punya. Kalahkan surat khabar lama. Bertimbun-timbun!

Lagi satu, apasal lah die tak masukkan segala data dalam komputer, senang sikit. Ini tak, saje nak nyusahkan aku. Pulanya lagi, ada ke patut bos kecik suruh aku pergi cari. Aku bukannya penjaga stor! Kan senang kalau dia pergi panggil balik pekerja yang menyimpan semua fail ini. Hampir berjam-jam aku selongkar setiap laci di dalam stor lama, tapi fail yang diingini tetap tidak dijumpai. Kenapalah die tak lupuskan semua fail-fail lama nie. Senang, tak payah bercita-cita nak cari balik. Habislah aku, lagi sejam nak balik rumah…

“ Dah jumpa ke belum”,

“makkk!!!!” kusss, lemah semangat aku. Kalau ye pun cubalah beri salam dulu.

“ Belum lagi bos. Penting sangat ke fail tu bos?”, minta-mintalah tak penting, boleh aku berehat sekarang. Panas betul duduk dalam stor lama-lama. Lepas nie, aku nk cadangkan di dalam stor letak air-cond. Haa, baru best

“ Bagi saya memang tak penting…”

“ Ha, baguslah!”, die mula memandang ke arah aku dengan jelingan. Eh, die belum habis sampaikan khutbah ke!

“ Tapi, bagi papa saya penting sangat-sangat!”, haaaa...ini yang susah. Sampai hati betul Dato’Syed menyusahkan aku.

“ Dahlah, cepat kita cari sama-sama. Layan awak bercakap mahunya esok tak habis-habis!”, hahh, aku pula diperlinya. Tapi bagus juga die tolong carikan sekali! Taklah aku sunyi sangat tinggal dalam stor sorang-sorang.

Dalam tengah menyelongkar kesemuanya,malang tidak bebaur. Tiba-tiba setimbun fail terjatuh dengan lacinya sekali. Paling memeritkan, laci itu betul-betul terjatuh terkena kepalaku. Apa lagi…bingung sudah kepalanya. Aduh… sakitnya!

“ Awak tak apa-apa?”, aku terus mengalihkan pandangan ke muka dia dengan keadaan yang masih bingung. Benda yang aku nampak satu, kini telah menjadi dua...tiga...lantas aku dah tak ingat apa-apa

Adrian yang mulanya risau semakin bertambanh kalut apabila melihat diriku sudah tidak sedarkan diri.
“ Alia...Alia.. sedarlah. Awak jangan buat saya takut”
Lantas Alia dibawa ke biliknya. Renjisan demi renjisan dikenakan di muka Alia

“ Aku kat mana nie?. Ekh, bos. Awak dah buat ape kat saya?.Bos cuba nak ambil kesempatan ea?.Kalau macam nie, saya report kart Dato’ Syed. Saya cakap kat die yang awak buat benda tak senonoh terhadap saya. Awak ingat, awak jadi bos boleh sesuka hati buat ekerja awak macam nie” Dalam keadaan samar-samar.Bertubi-tubi pertanyaan aku lemparkan padanya
Tiba-tiba diae meletakkan jarinya di bibirku. Terkelu aku dibuatnya

“Yang awak cakap merapu nie kenapa?” lantas sehelai kain yang berisi ais ditekapkan dikepalaku yang kini baru aku terasa sakitnya

“ Duduk diam-diam. Awak dah lupa ke yang tadi awak pengsan?”

“ Haaa...pengsan?”

“Ye...awak pengsan. Maaf saya tak sengaja”

“Abis, siapa yang bawa saya kesini?”

“ Sayalah. Berat jugak awak nie. Awak makan ape?. Saya seret awak je tadi, ta larat nk dukung awak”

“Saya makan nasilah. Kejamnya bos, taulah saya dalam keadaan tidak sedarkan diri. Tak agak-agak seyh” sugul aku

“Hey, kira baik tau saya bawak awak ke sini. Kalau tak, nak je saya tinggalkan awak kat dalam stor tu. Tadelah, maaflah tadi saya yang angkat awak” kata-kata bos kecik ku ini membuatkan hatiku makin nanar. Tambahan lagi, bau harum dari tubuh badannya yang mmbuatkan sesiapa yang dekat ingin sentiasa berada di sampingnya.

“ Maaf! Saya…”, alasan apa yang perlu aku katakan. Aku nie dah kejenya menyusahkan orang je.

“ Em… kenapa”, tanyanya sambil menekap ais dikepalaku

“ Maaf… bos betul-betul tak sengaja nak nyusahkan saya!”,ekh, betul ke aku cakap nie
terdengar bos tergelak besar. Dah kenapa bos nie? Ok ke tidak

  Awak da mereng ea?. Ayat awak tonggang langgang. Dahlah pergi balik sana. Saya masih nak cari failnya

Kenapa malang benar nasib aku hari ini. Haaa...saat yang ditunggu-tunggukan, yayy pulang

“ Bos!”

“ Yup”

“ Balik dulu.”

“  Ok.Nanti cakap pada Puan Zalina, saya yang akan kunci stor ni. Naik menyampah juga saya tengok muka awak lama-lama”, cis, sempat lagi kenakan aku!

“ Bos nak cari lagi ke?”, kasihan pula aku dengan bos yang sorang ni. Kalau sudah buat kerja, bersemangat sungguh! Lantaklah dia, aku peduli apa!

“Tengoklah nanti. Kalau tak jumpa juga saya baliklah. Kalau papa saya tanya, saya bagi aje alasan yang bakal menantu dia sebenarnya malas nak cari sama sampai jumpa!”, bakal menantu apa pula ni. Agaknya bos kecik aku dah mabuk sebab berkurung dalam bilik yang sarat ni. Aku renung mata hitam berkilat milik bos dengan penuh tanda tanya. Dia hanya tersenyum manis mengenyitkan matanya. Gila! Baik aku balik cepat.

Pantas aku dapatkan Puan Zalina dan cakap seperti apa yang bos kecik pesan. Fuh, lega betul bila dah tak berkurung dalam bilik suram dan sesak tu. Alamak, tandas!!
Aku nak pergi tandas. Ish, tiba-tiba pulak perut buat hal memulas.

Fuh, lega! Eh, dah nak pukul 5.20 lah, lama jugak aku mengeram.Hahaha,selekeh betul la aku nie. Baik aku balik cepat! Belum sempat aku nak keluar, tiba-tiba cermin bagai memanggil-manggil nama aku. La… comot betul muka aku! Patutlah cik kiah- cik kiah memandang aku pelik, ini mesti habuk dalam stor tadi. Malang betul nasib aku. Eh, mana gelang aku! Alamak, tu gelang pemberian papa. Apa lagi, terus aku mencari di serata corok tandas. Tak jumpa! Dalam pejabat… tak jumpa juga! Sepanjang laluan tadi… takde juga! Ha, itu dia. Mujur tak hilang, betul-betul depan stor tercicir. Dahlah, baik cepat balik. Tapi… aku terus mengundur semula.

“ Eh, bos tak balik lagi ke? Dah pukul 5.35 nie… bos… bos. Hidup lagi ke?”, eh, sempat buat lawak pula dah aku ni! Mata aku mula meninjau-ninjau dalam stor dari luar. Tak naklah masuk lagi dalam stor ni. Tak pasal-pasal comot momot aku dibuatnya .

Takde pun bos, mesti dah balik ni. Tadi kata nak kuncikan stor tapi kenapa dia pergi tinggalkan macam ini aje. Tentu dah nyanyuk tu. Baik aku kunci! Selepas memastikan semuanya beres, aku pantas berlari balik. Kunci stor yang aku tak tahu nak simpan di mana terus aku masukkan ke dalam handbag kesayanganku. Apa lagi, terus aku pecut keluar.

“ Awak ni saya, bos!”, bos! Apasal dia call aku, siap guna telefon pejabat pula tu. Kenapa dia tak guna handset sendiri. Aku ada buat silap lagi ke?

“ Ye bos, kenapa ni?”, setahu aku, aku tak buat salah pun lagi hari ni. Pasal apa pula ni?

“ Dah sampai rumah ke?”, apasal dia tanya pasal rumah aku pula. Dia nak datang ke?

“ Belum lagi. Kenapa, bos nak datang rumah saya ke?”

“ Boleh juga, tapi lain kalilah. Saya nak tanya soalan nie, kunci stor ada pada awak ke?”

“ Yup!”, kan betul aku dah agak. Kenapalah minah ni selalu malangkan hidup aku. Terlebih rajin kuncikan stor. Pantang aku takde, macam-macam boleh berlaku kerana dia. Itu pun tak sampai 10 minit aku berkejar ke tandas. Sedar-sedar stor dah berkunci. Dahlah aku punya dompet, handset, kot dan fail yang papa nak tertinggal di dalam. Apa… dia tak nampak ke Camaro aku sebelah Satria dia. Eh, dia mana tahu aku ada bawak Camaro dan parking di sebelah dia pula hari ni! Mujurlah aku paham dengan perangai nanar dia tu. Mudah aje aku tahu siapa punya angkara. Tapi kerana perangai dia macam tulah buat aku bertambah sayang! Lepas ni bolehlah aku ajak dia pergi makan.

“ Apa kata awak datang semula ke pejabat, serahkan kunci tu. Lagipun tak larinya rumah awak.”, betul ke aku sudah buat salah ni… mama, bos tak bagi Alia balik lagi! Ini yang nak menangis ni. Nak balik… 

                                                                                                     BERSAMBUNG...

5 comments:

  1. hohoho~
    buat2 sabo yarhh...
    sambungan nyer dalam 1 o 2 ary lagi

    ReplyDelete
  2. hate hate....npe msti bersmbung...errr...trozkn scepat mungkin yerk.... :')

    ReplyDelete
  3. wokeyh dear...
    sayer pom ta sabar nk sabung ceritanya~

    ReplyDelete

Daisypath Vacation tickers