Tuesday, January 25, 2011

CERITA 1 : BOS KECIK AKU tu sebenarnya siapa?

PART 2 :


Pintu bilik bos aku buka pantas. Mentang-mentanglah diri tu bos, datang lewat pun langsung tak rasa bersalah. Lantaklah dia, syarikat papa dia, bukannya syarikat papa aku. Dah tade kena punch card punya. Wahh...best jugak nie. Kerja dengan papa lah, baru boleh gedik sikit .Aisyhhh...berangan minah jenin pulak aku nie. Tak boleh jadi, aku nak buktikan pada papa, yang aku bukan budak manje seperti rakan-rakanku semasa di universiti. Meja yang agak berselerak bagai terkena renjatan letrik, aku kemas sebaik mungkin. Kertas-kertas yang berteraburan aku susun semula dari A hingga Z. Siap!

Aku terus pusing ke belakang ingin menuju ke pintu.Aku terlihat bunga lily layu di atas meja. Inilah istemewanya jadi mamat hensem, ada aje yang sudi hantar bunga. Bertuah betul bos kecik aku yang satu ni. Terus aku rapati bunga tu. Baik aku tukar airnya, manalah tahu ada jentik-jentik. Tak pasal-pasal syarikat nie kena saman, siapa yg susah. Makcik cleaner juga. Tak sampai hati aku.Lagipun, kalau aku tak uruskan semua ni, tahun depan belum tentu lagi terusik. Kalau ada yang sudi bagi aku bunga ni dah lama aku simpan elok-elok. Jaga betul-betul, pemberian ikhlas orang.

Setelah menukarkan air tadi dengan air yang bersih. Dengan segera aku bergegas meletakkan ke tempat asal.Dengan tanpa pamitan, aku main terjah bilik bos kecik. Tiba-tiba…

“ Ek, maaf bos.”, masa bila pula bos datang. Ekh, siapa pulak minah cun tu. Tak pernah nampak pun.Aku terus tutup kembali pintu dan lepas tu aku ketuk kembali… tuk… tuk… tuk…

“ Assalamualaikum bos…”

“ Walaikumussalam”, bos aje yang sudi menjawab. Minah cun tu pulak terus menjeling pada aku. Haii, sombong kebenor!

“ Maaf bos, menganggu. Saya masuk ni nak letak balik bunga lily ni. Tadi saya pergi tukar air”, bos terus mengangguk tanpa senyuman. Maaf ler. Lekas-lekas aku pergi letakkan kembali bunga tu ke tempat asal. Lepas tu, aku mula nak melangkah keluar.

“ I nak fresh orange!”, aku terus pandang Minah tu sambil mengangguk.
Dah lah sombong semacam. Pandai pulak nak meminta-minta. Tak tahu malu. Aku bagi air sumur di ladang baru tahu. Sabar ajelah…

“ Maaf cik fresh orange takde. Saya tak sempat nk petik buah oren kat ladang. Jadi saya mampu buat oren sanquit je.”, terus aku letak depan dia.
Sejurus aku menghabiskan kata-kata keramatku itu. Mukanya terus merah padam. Entah apa-apa ragam minah ni sorang. Orang buat air pun dah kira untung ape. Sekali siram dengan air ni, baru tahu!. Lantas aku meletakkan air kopi kurang gula buat bos kecik aku

“ Air kopi… bos”sambil melihat bos kecikku yg meng’cover’ senyumannya yang menawan

“Eeee... you, nengok pekerja you nie. Biadap betul” Minah sorang nie menuding-nuding aku.
Aku lagilah malas nak layan.

“ Aik, bos tak minta pun you dah tahu apa yang dia nak”, tue apasal perli-perli aku. Dah genap sebulan aku kerja sini, mestilah aku tahu air apa bos suka… tak suka! Macam nilah perempuan bila dah jelez. Kalau orang tak sudi, tak payah nak meggedik. Buat malu kaum aku je

“ Mestilah dia tahu, kalau tidak buat apa saya pilih dia. Dia bukan hanya pekerja saya. But she is my sweetheart and my soulmate !”, aku mula merenung muka bos yang merenung aku dengan senyuman menggoda. Meremang lak pula aku dibuatnya. Apa maksud dia?

“ Ohh..Dia rupanya tunang awak!”, Minah cun nie  terperanjat sambil mencebik mata galak dia pada aku. Tunang! siapa bertunang dengan siapa? Ish, fitnah betul, bila masa pula aku bertunang dengan bos aku ni!

“ Yup! Kalau tidak ada aral melintang, bulan depan kami akan berkahwin dan terus honeymoon!”, kahwin… honeymoon! Apa kena-mengena pulak dengan aku. Oh no...Bos mula pandang aku dengan senyuman lagi. Apa lagi, aku terus balas dengan dahi berkerut. Tak pasal-pasal aku terlibat!

“ Sampai hati you buat I begini”, Minah cun yang masih aku tidak tahu namanya mula menangis.
Laaa… takkan macam ni sekali!. Not heppy ending la pulak

“ Hati you sampai kemana?.Apa yang saya dah buat? Dari dulu lagi saya sudah beritahu dia tunang saya! Tolong jangan ganggu kami lagi!”, biar betul bos aku ni. Entah siapa bagi kebenaran dia gunakan nama aku dan tak pasal-pasal libatkan aku dalam masalah dia.
Aku yang tak pernah kenal dia sebelum ini, dikatakan tunang dia! Banyak cantik muka hensem dia! Apa lagi, terus Minah cun tu  bangun keluar. Siap menangis teresak-esak pula tu. Buat malu kaum aku aje Tapi bagus juga, tak nak aku ada Madam kecik yg plus-plus tergedik-gedik. Macam lipas masuk kain je.

“ Saya keluar dulu bos”, malaslah aku tunggu lama-lama. Dahlah libatkan aku, siap tenung aku macam tak pernah tengok aku. Lagipun, aku ni bukannya mudah perasan macam Cik Natasha. Cukuplah sampai di sini saja aku terlibat sama.

“ Awak, duduk dulu!”, apa! dia suruh aku duduk dulu. Aku buat salah lagi ke? Menyusahkan betul bos aku ni…

“ Tapi…”

“ Duduk!”, mata tajam bos buat aku gugup. Lekas-lekas aku duduk. Apalah bos ni, langsung tak sudi nak dengar aku berdalih. Nia yang malas nak dengar khutbah pagi-pagi nie. Minah tu yang buat hal, aku juga yang kena. Ekh, tak kan die nak marah pasal tadi.Alamak, menjawap aku lah macam nie..Lama dia diam sambil merenung aku. Janganlah renung aku macam tu bos… cairlah hati aku nie!

“ Emm…awak, saya berani sumpah antara saya dengan Cik Julia langsung tak ada apa-apa hubungan… ”, aik, apasal dia pergi beritahu aku pula!. Owh, Julia rupanya.patutlah gedik semacam.Angguk ajelah…

“ Alaaa, bos jangan bimbanglah. Lagipun saya tak kenal siapa tunang bos, dia tak akan tahu punya percayalah!”, penuh bersemangat aku terangkan padanya. Mujur juga aku tak kenal tunang dia, kalau tidak perang besarlah diorang kerana mulut aku ni.

“ Bukan tu maksud saya…”, dia mula serba-salah.

“ Apa lagi bos... Itu yang bos nak beritahu saya…”, dia mula angguk selepas aku memotong percakapan dia. Kalau tunggu dia nak bercakap mahunya esok tak habis satu cerita.

“ Kalau takde apa-apa lagi, saya keluar dululah bos”, dia terus mengangguk macam nak tak nak. Apa lagi, lekas-lekas aku bangun. Tiba-tiba aku pandang dia semula…
Hahaha... tanduk dua cabang dah keluar, that’s right time bebeh

“ Bos, boleh saya tanya soalan?”

“ Yup, soalan apa?”

“ Betul ke bos dah bertunang?”, pada hari pertama aku mula kerja, aku asyik dok dengar cik kiah- cik kiah sekalian alam, jaja cerita bos aku ni dah bertunang. Nak tanya kebenarannya, aku tak berani. Baru kerja, dah sibuk-sibuk nak jaga tepi seluar bos. Nanti tak pasal-pasal kena buang kerja, parah camtu.Tapi memang aku tak nafikan bos kecik aku ni hensem lagilah macho…
Tapi aku ni taklah macam Cik Julia dan girl-girl yang lain, sampaikan tergila-gila. Lagipun, tak mainlah aku tunang orang ni. Not my taste.

Bos terus mengangguk. Jadi, betullah desas-desus tu.! Apa lagi aku terus kembali duduk.
“ Emmm… dengan siapa? Manalah tahu kalau-kalau saya kenal”,cungkir, jangan tak cungkil. Bos tengah ada mood baik tu. Dia mula tersengih pula macam kerang busuk melihat reaksi aku.

“ Betul awak nak tahu?”, angguk, jangan tak angguk. Tak kesahlah dah rupa macam burung belatuk.

“ Dengan Cik Alia Umairah!”, aik, macam pernah dengar aje nama tu. Heh! Tu bukan ke??…

“ Saya bukan tanya nama saya, tapi nama tunang bos!”, pekak ke tuli bos aku ni.Dia senyum manis lagi.

“ Betullah nama tunang saya Cik Alia Umairah!”, dengar aje jawapan untuk kali kedua, aku mula terkejut beruk. Orang serius, dia main-main pula. Bengong punya bos.Kalau tak nak bagitau, cakap ajelah. Ini tidak, saja nak buat aku perasan! Mintak maaflah, aku ni tak mudah perasan!

“ Apa-apa ajelah bos. Tak kuasa saya nak layan bos lagi. Baik saya sambung kerja”, baik aku lari, buang masa aje sambut lawak bodoh bos ni.

“ Boleh saya tanya awak pulak?”, orang sibuk bertanya, dia pulak sibuk nak bertanya juga.

“ Apa dia? Saya nak buat kerja ni. Kalau tak siap, bos juga yang bising macam bertih jagung kena bakar!”, aku mula bangun ingin keluar.

“ Kalau awak dah bosan nak layan saya pagi ni. Malam ni saya free, boleh tak?”, soalan apa pulak ni… layan apa pulak ni. Tak faham betul aku dengan bos ni. Malaslah nak layan kepala gila bos kecik aku ni. Baik aku keluar dari bilik yg buatkan aku sesak semacam.
Aku kembali ke tempat aku, dinding kaca yg memisahkan antara ruang aku dan biliknya membuatkan aku kurang selesa apabila bos kecik aku yang sorang nie dok memerhati aku dari tadi. Aku pakai tudung senget ke?. Ok je. Haaa… tiba-tiba bos aku nie sengeh macam kerang busuk. Kejap pulak berangan terbang dah sampai kemana. Jangan meroyan sudah.




“ Alia, bangun nak… pergi  kerja!. Dah pukul berapa nie”, mulut mama mula berbuih. Kepala aku makin sakit bila dengar mulut mama bak bertih jagung. Mama… orang demamlah hari ni. Betul-betul tak larat nak bangun…

“ Ya, Allah budak nie. Bangun cepat, mama cakap pergi kerja!. Nanti lewat pulak”, alaaa, mama dahlah membebel! Pulak tu bagai nak terkopak pintu kamar aku. Nak bangun rasa tak larat, tapi kalau aku buat-buat pekak maunya tercampak pintu tu. Dengan sisa tenaga yang tinggal aku gagahi juga bangun.

“ Kamu ni Alia…”

“ Jap mama… orang rasa nak peng…”,tiba-tiba dunia aku jadi gelap. Badan aku macam melayang…



Aku mula buka mata perlahan-lahan. Aku perhatikan sekeliling. Aku tengok mama, dia senyum tengok muka aku. Aku betul-betul pengsan ke tadi.

“ Minum air ni… tulah, orang tak biasa kerja, nak kerja juga. Papa ajak kerja kat syarikat dia… jual mahal! Nak juga cuba nasib tempat lain. Tengok ni, bila kerja teruk sikit mulalah jatuh sakit. Kalau dah deman, mulalah pengsan!”, macam tulah mulut mama aku. Aku yang sedia sakit, makinlah sakit dibuatnya.

“ Ha tadi… mama dah telefon pejabat kamu, minta cuti untuk kamu. Sarapan dulu nanti terus makan ubat”, ku pandang panadol di tangan mama. Tertelan air liur aku di buatnya.

“ Tak naklah mama… tak nak. Kalau mama paksa, orang merajuk. Tak nak kawan mama!”, mama ni pun satu, dah tahu aku fobia pada ubat nak paksa juga.

“ Yelah… yelah… tak nak makan ubat, sudah! Makan, kemudian rehat. Makin kosong perut tu, makin sakit dibuatnya”, angguk ajelah dah macam tu mulut mama aku, nak buat macam mana lagi.



Tuk… tuk… tuk… Ish, mama ni! Masuk ajerlah, yang pergi ketuk pintu buat apa. Macam tak tahu-tahu aku demam dari pagi tadi. Mujurlah sekarang semakin beransur kebah.

“ Masuklah mama… orang tak kunci pintu pun”, ha, tau pun nak buka sendiri. Kalau aku tak benarkan masuk baru tahu. Eh, tak baik aku cakap macam tu, tu kan mama aku dunia akhirat! Tapi, sesusuk tubuh yang tak terlihat wajahnya membuatkan aku terkerut sendiri. Mawar pink,warna kesukaanku yang menutup mukanya membuatkan aku mula memeningkan otak, memikir siapa empunya jasad. Adakah aku bermimpi nie?.
Pap…pap…pap.. pergh sakit pipi aku tampar. Betul lah reality nie. Arghh... cuba nasib jela.

“ Papa…!”, bunga dilarikan daripada wajah tapi… Encik Syed Adrian, bos kecik aku! Patutlah tubuh dia lain macam aje dari tubuh papa. Kurus dan sasa sikit!

“ Bos buat apa kat sini?”, aku mula bangun, duduk menyandar di kepala katil. Buat malu aku aje… dahlah aku pakai baju tidur Hello Kitty,warna kesukaan aku lagi.Macam budak kecik… muka pula baru bangun tidur. Dengan cool fever kart dahi. Arghh… malu sungguh aku dibuatnya… nak sorok dekat mana nie?. Aku tarik selimut menutupi seluruh tubuhku. Tiba-tiba, selimut yang kututupi ditarik oleh bos. Malu!!!

“ Tak payahlah panggil saya bos. Panggil aje Ad. Kamu ingat, saya hantu ke?. Siap selubung satu badan.Macam mana demam, dah kurang ke?”, tersengeh aku dibuatnya lalu aku terus angguk sambil tengok jam Hello Kitty pada dinding. Jam betul-betul menunjukkan pukul 10.00 malam. Malam-malam buta dia datang rumah aku.

“ Dah kurang sikit tadi, tapi bila nampak aje muka bos… eh, Ad yang entahlah, tiba-tiba makin naik suhu badan saya.Kalau camtu bos keluar lah. Boleh?”, biar dia tahu, yang aku ni tak suka pelawat sewaktu muka aku umpama si Betty La Fea tue!

“ Baguslah macam tu. Bolehlah saya bagi cuti pada awak lama-lama sikit, lepas tu bolehlah hari-hari saya datang lawat awak, bawa bunga banyak-banyak macam ni”, terus dia menenyehkan bunga mawar pink pada muka aku. Adoi, perit hidung aku dibuatnya. Kurang asam punyer bos. Kalau orang lain, dah lama aku tibai balik… libas dengan bunga ni!

“ Ikutkan hati memang saya nak ambil cuti lama-lama. Tapi saya takut, bila saya datang semula kerja, sebijik kotak dan sehelai surat menanti saya… tak ke nanya saya dibuatnya”, muka bos ni, bukannya boleh di bawa percaya. Maunya dia berhentikan aku tanpa notis, tak ke teruk aku nanti. Tak pasal-pasal papa heret aku bekerja dengan dia. Lagi teruk kalau papa buli aku.

“ Tak kanlah saya kejam macam tu. Paling teruk pun saya akan tukarkan awak ke jabatan lain. Terus ke jabatan sisi!”, Jabatan sisi? Jabatan baru ke di syarikat?

“ Jabatan sisi tu jabatan yang mana satu? Tak pernah dengar pun kenapa tak jabatan atas ke, bawah ke. Ni sisi??”

“ Memanglah awak tak pernah dengar, pasal saya tubuhkan sendiri secara tak rasmi untuk kemudahan saya. Kalau berminat hari ni juga saya boleh tukarkan awak! ”, dia mula tersengih. Lain macam aje sengih dia kali ni.

“ Eee… langsung saya tak berminat!”, dia tersengih lagi. Apasal dengan bos ni? Mama…

“ Kenapa, awak tak sanggup nak berpisah dengan saya? Awak jangan bimbanglah, jabatan tu akan lebih rapatkan kita setiap detik dan masa!”, ish, apa yang bos aku melalut ni! Meroyan diae dating balik ke?Pening aku nak fikir lagi. Kan tak pasal-pasal deman yang semakin kebah semakin teruk balik.

“ Dahlah, bos pergi balik. Saya nak rehat. Kalau nak suruh saya buat kerja, sehari lagi kita berjumpa”, terus aku tarik selimut, tutup muka. Tak pernah mama izinkan orang lelaki masuk bilik aku, tiba-tibadia ni lepas pula. Biar betul otak mama aku kali ni. Papa pun satu… kenapa dengan diorang hari ni?

“ Okey, saya balik dulu. Jangan lupa makan ubat. Eh, lupa! Awak penakut makan makan ubat”, aku terus buka selimut balik, pandang muka bos aku. Mana dia tahu aku takut makan ubat.

“ Siapa takut makan ubat!”, dengan yakin aku bersuara

“ Habis tu, buka mulut. Telan panadol ni”, aku terus telan air liur. Biar betul bos aku ni. Tangan yang mempunyai 2 biji panadol mula ditunjukkan pada aku. Alamak, mati aku!. Berani betul nak ugut aku ea.

“ Nantilah, bila saya nak tidur saya makanlah. Lagipun demam saya kan dah semakin kebah!”, minta-mintalah berkesan dalih aku.

“ Mengaku ajelah yang awak tu memang takut nak makan ubat”, dia ingatkan aku tak tahu ke yang dia ni penakut nak makan ubat.

“ Siapa cakap?”

“ Agak-agaknya siapa”

“ Mesti mama sayakan?”, dia hanya jungkit bahu. Mesti mama punya angkara ni. Mama nie, dah pandai cari alternatif lain supaya aku makan ubat.

“ Kalau macam tu buktikan awak berani makan!”, aik, di main cabar aku pulak! Apa lagi terus aku tutup dengan selimut. Angkat bendara putihlah jawabnya. Entah macam mana, tiba-tiba aje dia pergi tarik selimut aku. Terkejut aku dengan tindakannya. Siap dia pergi duduk atas katil aku lagi. Dengan berani dia pergi tariknya muka aku dan kepit mulut aku. Kurang ajar! Berani dia sentuh aku. Apa lagi meronta-rontalah. Nak menjerit macam tak keluar aje suara aku bila dia kepit macam tu. Tak pasal-pasal juga, 2 biji panadol berjaya menembusi kerongkong aku. Apa lagi cepat-cepat aku capai air kosong bila dia lepaskan pegangan tangan. Habis satu jag air masak aku kerjakan.

“ Senang apa macam tu”, dengan bangga dia mencebik pada aku. Apa lagi… waaaaa… terus aku menangis. Belum pernah ada orang berjaya paksa aku makan ubat.

“ Eh, awak janganlah nangis… nanti saya beli aiskrim… eh, janganlah. Nanti diorang dengar kat bawah tu”, matilah aku. Kalau aku tak paksa, sampai bila-bila agaknya dia tak sembuh demam. Makin rindulah aku dibuatnya! Sehari tak nampak muka cumil dia, bertahun rasanya. Matilah aku, bila papa dan mama aku dapat tahu di bawah tu. Mesti malu besar diorang bila dapat tahu aku berkasar dengan anak dara orang walaupun bakal menjadi menantu mereka. Belum ada apa-apa aku dah berani buat hal!

“ Report pada papa dan mama kita”, tanpa hiraukan badan aku yang lemah ni, terus aku redah keluar. Entah macam mana dia perginya sambar aku. Siap dia pergi peluk aku kemas-kemas. Meronta-rontalah aku menjerit. Mama… tolong Alia…Mama!!!

Tiba-tiba pintu terkuak, aku terus berhenti meronta. Kelihatan papa dan mama terlopong tengok kami. Manakala seorang pak cik dan mak cik seusia dengan papa dan mama lagilah tersentak tengok keadaan kami macam tu. Aku renung muka bos, dia mula tersenyum kelat. Habislah kau hari ni! Bos gila!

“ Tak boleh jadi nie. Nampaknya malam ini juga kita kena selesaikan semuanya. Malu aku dengan perangai anak teruna yang sorang ni”, pak cik tu mula bersuara pada papa.

“ Nampaknya mereka ni macam dah tak boleh dibiarkan lama-lama”, terus papa bersuara. Aku semakin bingung. Pantas aku leraikan pelukan bos dan terus dapatkan mama.

“ Mama… dia cuba sentuh Alia…”sambil mengesat sisa air mataku

“ Eh, bukan Auntie… saya langsung tak berani buat macam tu. Tadi saya…saya…”, mulalah bos aku kalut buka cerita daripada A hingga Z. Tonggang langgang die nak cerita balik. Sebaik habis bercerita, terus diorang ketawa. Aku makin bingung, orang tengah serius pergi bantainya gelak. Arghh…aku mimpi ke nie? Tadi rasanya dah banyak kali pipi aku jadi mangsa.

“ Dahlah… Ad bukannya nak buat sesuatu yang buruk. Ni cepat… salam dengan Auntie Sharifah, bakal mak mertua Alia!”, ketika itu juga, jantung aku bagai nak tercabut. Macam tak percaya dengan apa yang aku dengar. Daripada tak jelas… segala-galanya jelas! Aku pandang papa… papa mengangguk pantas. Aku bukan bermimpi!

“ Dahlah kalau macam tu. Kami balik dulu, esok kami datang lagi bawa hajat terbesar tu”, bergegar gegendang telinga aku bila mendengar kata-kata daripada Dato’ Syed selepas aku menyalami tangan dia. Rupa-rupanya inilah Dato’ Syed, papa kepada bos kecik aku! Rupa-rupanya dialah rakan bisnes jugak kawan papa sejak dari universiti lagi. Ohh… inilah orang yang papa slalu ceritakan dan nak jodohkan aku dengan anak kawan papa. Dah macam cerita novel pula. Yes!!! Kalau dapat laki camnie memang lah aku tak tolak. Hehehe… ekh… cool  Alia…cool!!!

“ Tapi… tadi papa kata nak selesaikan malam ni”, dengan selamba bos kecik mengenyit mata pada aku. Pantas aku lari masuk bilik. Tak sanggup aku nak hadapi kenyataan! Gelak tawa diorang macam nak gugur jantung aku. Tapi pastinya hati aku berbunga… bunga riang! Rasa-rasanya demam pun dah sembuh. Eh, ada sesuatu yang penting aku lupa tanyakan pada bos…Ad! Pantas aku membuka pintu semula.

“ Bos… ekh…Ad!”, pantas dia menoleh ke arah aku semula. Mereka yang tidak berkenaan mula beransur-ansur meninggalkan kitorang. Terkulat-kulat malu aku membalas senyuman mereka.

“ Ada apa sayang! Sayang dah mula rindukan abang?”, yuckss…please lah tak kuasa nak rindu-rindu nie.

“ Bukan ke sebelum ini awak dah bertunang?”,

“ Okeylah, terus terang saya katakan yang saya masih lagi single sehinggalah untuk hari esok. Selama ni, tu semua hanyalah khabar angin!”, ceh, penipu besar rupanya bos aku ni! Kasihan girl-girl tu kena tipu dek bos kecik aku ni. Patutlah aku tanya serius hari tu dia perginya melalut-lalut.

"Habis Cik Julia tu macam mana pulak?", segan pula aku nak bertanya soalan tu. Entah kenapa aku berasa berdebar-debar pula kali nie. Apa pula yang tak kena dengan aku nie?

" Kenapa sayang jeles ke?", lah perasan pulak dah. Ada ke patut dia kata aku jeles... Pastinya dulu aku langsung tak rasa apa-apa.

" Tolong sikit yerk... saya nak awak jawab soalan saya bukannya soal saya balik!", sambil mencebik!

" Em... jeles lah tu. Ngaku ajelah!", aduhai geramnya aku... karang kalu aku ngaku, buat jatuh saham pulak..

“Sudahlah... tapi... lagi satu, cepatlah bagitau jabatan sisi tu lakukan tugas apa ha?”, kalau aku tak tahu sesuatu perkara, mahunya sampai pagi esok aku tak lena. Dia tersengih mendengar soalan aku. Soalan lawak ke tu?

“ Kenapa, berminat?”, aku terus mengangguk. Eh, biar betul aku ni? Buat malu lagi.. hati nie tak seirama pulak ngan otak aku.. dah pandai tak nak berkompromi ye.

“ Baguslah kalau sayang minat… abang lagilah suka!”

“ Cepatlah beritahu apa tugas dia. Orang dah nak tidur ni!”, panjang benar mukhadimah mamat ni sorang.

“ Okeylah… lakukan tugas seorang isteri yang perlu ad di sisi saya setiap masa!”, dengan gaya muka yang cukup menggoda dan boleh menggoyahkan naluriku, dia mula merapatkan mukanya padaku. Entah bagaimana, dengan cepat tangan aku menghempas pintu. Sebaik pintu tertutup… aku terdengar jeritan miliknya.
Padan muka!!!

“ Adoi, sakitnya hidung aku. Abislah hidung aku yang mancung nie” sambil menggosok hidungnya Adrian berlalu dengan tersenyum gembira

Aku pulak macam nak menari-nari pulak. Aiks… demam terus baik!!!...heee…



Tamat…

3 comments:

  1. macam mana ceritanya?
    ok tak ending dia?
    hope suka
    (^___^)

    ReplyDelete
  2. arghhhh.....
    tak nk la da ending~
    smbg ag....nk bace ag...
    adoyaii~

    ReplyDelete
  3. hohoho~
    alarh...
    cik kenet mmg buat 2 part setiap 1 cerita larh~

    ReplyDelete

Daisypath Vacation tickers