Tuesday, March 1, 2011

CERITA 2 : Drebamu selamanya ke?

PART 1 :


“Hai motor, takkan kau nak merajuk dengan aku. Asyik mogok je, nanti kalau abang aku tau. Aku nak jawab ape?. Selamat dia tade kat sini.” Tersengeh sumbing aku dibuatnya. Dah nak 1 jam ni, batang hidung ayah tak nampak juga. Tak pasal-pasal ayah jadi mangsa.Kesian ayah. Maaflah ayah
“ Hahh, berangan sorang-sorang  kat longkang nie, dah tak reti-reti nak tolak motor nie.” Sergah En. Mail
“Oh…mak kau, ayah ni. Bagilah salam dulu. Nie tidak main sergah je”
“ Dah tinggalkan motor ni kat stesen minyak depan tu.” Arah sambil membantuku menolak motor kesayangan abang aku ke stesen minyak. Nasib badan betullah.
Kemudian aku mengikut ayah pulang ke rumah. Ayah kata, nanti motor tu biar budak mekanik betulkan


Selamat hari ni, hari sabtu. Takdelah aku memecahkan ketandusan idea nk pergi kerja naik ape. Nak sambung tidurlah
“ Hana!!! Buat apa lagi kat bilik tu?. Meh tolong ibu buat sarapan pagi”
Ahaaa… dah mula suda. Baru nak tidur balik. “ Yee…ibu, jap lagi Hana datang” sambil tergaru-garu kepala yg tak gatal aku menuju ke dapur untuk membantu ibu. Bermulalah tazkirah pagi
“ Kamu tu ape nak jadi, mana elok tidur lepas subuh. Kan bagus kalau tolong ibu kat dapur. Pantang hari cuti, mesti nak sambung tidur balik. Apa nak jadi ni hana. Kamu tu bukan umur 2 tahun taw. Sedar tak Hana tu dah umur 23 tahun. Dah boleh kawin patutnya. Ni tidak makin besar, makin dibuatnya perangai.Bla…bla..bla..”
Bebelan seterusnya sudah tak masuk dalm otak.
“ Bangun lah sayang oit… ibu tengah cakap ni pom kamu boleh tidur. Betuah punya budak” bebel ibu sambil mengejut aku..
Hehehe…


“Astagfirullah hal azim!” Pn Aminah mengurut dadanya beberapa kali. “Apalah nak jadi dengan kau ni Hana! Turun cepat! Ibu kata turun, turun sekarang!” Pn. Aminah menjerit lagi. Hampir-hampir penyakit lemah jantungnya menyerang kembali tatkala melihat Hana yang terkial-kial memanjat pokok ceri yang terletak di sebelah rumah mereka.

Aku sekadar tersengeh. Buah ceri yang masak kemerahan itu dikendung di dalam bajuku. “Hana bukannya budak-budak lagi yang boleh panjat pokok sana sini. Hana dah 23 tahun. Dah boleh jadi isteri orang! Apa kata jiran-jiran kalau mereka nampak Laila bergayut-gayut memanjat pokok macam ni” bebelan ibu mula kedengaran tatkala aku menjejakkan kakinya ke tanah. “ haisyh…tak habis2 cakap benda yang sama. Tak nak lah kawin awal-awal.bkn best pom”rungutan hanya terluah di dalam hati aku

“Ibu ni, apa salahnya Hana panjat pokok tu. Habis tu siapa lagi yang nak panjat pokok ni? Tak kanlah Hana nak suruh jiran sebelah pulak…”. Mak Munan mengeleng-ngelengkan kepalanya. “Tak makan saman!”. Malas aku nak fikirkan.
Inilah masalahnya kalau mempunyai seorang sahaja anak perempuan.bongsu pulak tu. Habis semua perangainya mengikut seperti abang-abangnya. Lasaknya mengalahkan orang lelaki. Mujur juga masih mengekalkan rambut yang ikal mayangnya itu, ada jugalah gaya seorang perempuan dalam dirinya. Pn. Aminah mengeluh sendirin tatkala memikirkannya.


“Apa? Jadi driver? Dah tak ada kerja lain lagi ke kat Malaysia ni?. Hari tu dah dapat keje elok-elok.Tup...tup...Hana letak jawatan.Kenapa?“ Jeritan Pn. Aminah kedengaran lagi. Aduh! Semput aku dibuatnya. “Apahalnya ni? Dari tadi asyik bising-bising” En. Mail yang baru selesai menunaikan solat Zohor, tiba-tiba bersuara.

“Awak tengoklah perangai anak dara awak yang sorang ni. Pening saya di buatnya. Sekarang nak kerja driver bas pulak dah!. Ada kerja bagus. Berhenti. Tak best la, bosnya cerewet la,staff kat situ sombong la. Macam-macam alasan lah.” Bebelan ibu makin membingitkan telingaku. “Bukan driver bas lah ibu! Driver kereta untuk seorang Dato’ kat bandar. Ibu ni, pandai-pandai je buat cerita” aku cepat-cepat menyampuk. Bimbang juga kalau ayah juga naik angin. Kalau mereka berdua sama-sama bergabung tenaga nak marah aku, mahunya tercekek aku dibuatnyer.aduhaiii…

“Driver Dato’ ke, driver lori ke, driver bas ke.apa pun ibu tak setuju. Lebih baik berhenti saja kerja, duduk dengan ibu kat kampung” Pn. Aminah masih belum berpuas hati. Bertambah bengang bila melihat suaminya yang langsung tidak menunjuk sebarang tindak balas. “Biarkan lah dia. Dia yang kerja. Bukannya awak Nah oiit..Yang awak asyik marah-marah ni kenapanya?” Seyuman lebar terukir tatkala mendengar kata-kata ayah yang seolah-olah menyokong tindakan aku. Ada chan ni.

“Masalahnya, anak awak ni anak dara.Bukannya teruna. Tak elok anak dara macam si Hana ni kerja jadi driver. Lepas tu bawa orang lelaki pulak. Bukan ke tak manis kalau orang nampak. Nanti kalau jadi apa-apa, siapa yang susah“.

Ayah sekadar mendiamkan dirinya . Aku dengan bahagianya terus masuk ke bilik.


“haisyhhh...manelah Dato‘ ni. Tadi pesan kat aku kejap je.Nie dah nak 2 jam aku kat dlm kereta nie.Kalau tahu tadi, sempat gak aku minum air milo ais kat kedai mamak depan tu. Ni kalau pi sane kang, tak pasal-pasal bile aku balik dari minum.Mesti dia terjenggul kat sebelah kereta.jangan cari nahas.Mau tak kena pecat. Dah lar tengah masyuk bawak kereta Camry ni.Owh yeayhhh...Keluh ku sambil mengelap titisan peluh yg mula mengalir di dahiku.Tiba-tiba, orang yang disebut-sebut terus masuk ke dalam kereta.

"Kemana kita nak pergi ni Dato’ ?" tanyaku. Kebiasaannya sebelum Dato’ Sufian memasuki kereta, pasti arahannya akan dikeluarkan dahulu mengarah aku ke sesuatu tempat. Kali ini tidak pulak. Tapi kenapa tak nyahut bila aku tanya.
Sambil menoleh kebelakang ,aku ulang semula pertanyaanku“Dato’, kemana kita nak perrr…”
“Hoi, siapa awak?” pertanyaan tadi tekandas bergitu sahaja.
"Balik!" Pendek sahaja jawapan yang diberikannya.
“Balik???“ bingung aku dibatnyer
“Ye, hantar saya balik," Lelaki yang aku tidak kenal membalas kataku dengan penuh selamba. Haisyhh..biar betul mamat ni.macam kereta ni mak bapak dia yang punya.
“Maaf ye Encik. Saya rasa awak dah salah naik kereta. Ni kereta Dato‘ Suuuu...“ kata-kataku dipotong dengan jawapannya
“Sufian??.“
“Haaa...macam mana awak kenal?“
“Dato‘ Sufian tu ayah saya, so have any problems?.“
“Erk...takde...takde.,“ balasku lantas aku menghidupkan enjin kereta.


Petang itu juga aku menunggu kepulangan Dato‘ Sufian untuk bertanyakan mengenai lelaki yang mengaku-ngaku anak Dato‘ Sufian.
“Kau tunggu siapa?“tegur lelaki yang tidak ku tahu namanya
“Ohoiiii....mak kau, ya Allah...“ aku memang cukup pantang orang main sergah-sergah dari belakang nieyh
“Maaflah saya aku terkejutkan kau,kau tunggu siapa?“
“Saya tengah tunggu Dato‘ Sufian. Erk..Encik.....“balasku sambil mengurut dada aku yang cukup lemah semangat ni.
“Tak payah panggil encik-encik, nama aku Adam“ pintasnya
“Owh, ok“
“Balik jelah, Dato‘  tak balik hari ni. Dia ada meeting dekat KL“
“Dato‘ pergi naik apa?”
“Naik kereta“
“Dengan siapa?“
“Dengan driver syarikat“
“Kenapa tak saya? “
“Banyaknya soalan.Mulut mcm tongkeng ayam“
Perghhh....pertanyaanku dibalas dengan ayat yang kurang seap didengar dek aku.tak ke malu aku dibuatnya.
“Hurmmm...tapelah terima kasih.Saya pulang dulu“ lantas aku chow dari orang benama Adam itu.Hampeh betul, nama sedap tapi ayat dia. Sabo jelaaa...


“Papa, kenapa ambil pemandu perempuan. Susahlah macam ni.”Tanya Adam setelah Dato’ Sufian pulang dari KL
“Kamu ni, Kalau ye pun. Kasilah Papa mandi, solat ,rehat dulu. Ni, Papa tak sempat nak jejak rumah lagi. Kamu dah tanya macam-macam. Apa-apa soalan, Papa jawab malam nanti selepas makan malam.ok”balas Dato’ Sufian sambil Datin Sarah membantunya membawa beg baju kotor
“Entah, kalau nak Tanya nanti-nantilah Adam. Kesian Papa penat.” Datin Sarah mengiyakan jawapan suaminya
“Okey” balas Adam lantas dia menuju ke biliknya.

Pertanyaan anak lelaki tunggalnya sebentar tadi membuatkan dia terimbau kembali bagaimana terdetiknya dia menerima Hana sebagai drivernya. Sebenarnya, dia sendiri agak janggal mempunyai seorang driver yang bukan lelaki. Kekok juga
dia dibuatnya pertama kali menaiki kereta yang dipandu oleh Hana. Namun ternyata gadis lincah
dan lasak ini memang mahir dengan kerjanya. Walaupun Hana seorang perempuan, tapi gayanya macam seorang lelaki.Tidak kisahlah kerana sikapnya yang peramah dan lucu, ternyata begitu
menyenangkan. Dan apa yang pasti kehadiran Hana sekurang-kurangnya dapat menghilangkan
rasa rindunya terhadap arwah Hawa, anak gadisnya yang meninggal akibat kemalangan
jalan raya ketika Hawa berumur 15 tahun. Kalau dia masih hidup, rasanya tentu dia juga sebaya dengan Hana ketika ini.


"Aku nak singgah cheras sekejap. Jangan balik dulu" Arahan Adam itu kusambut dengan sedikit terbeliak. Sesuka hati dia je."Apa? Singgah cheras? Eh? Mana boleh Encik Adam. Lagipun, kalau nak pergi Cheras kena patah balik.Leceh la dengan jem camni. Saya rasa lebih baik kita terus balik je" Suaraku yang meminta simpati dari Adam.

Adam tergelak kecil melihat reaksi spontan drivernya. Wajahnya begitu lucu namun tampak begitu comel. Rambutnya yang panjang & bertocang tampak begitu lembut terbuai-buai mengikut gerak badannya. "Comel, tapi sayang orangnya terlalu lasak dan kasar." Adam berbisik perlahan.

"Aku peduli apa semua tu! Aku ni anak bos awak so kiranya saya ni macam bos kau jugalah. So arahan aku awak kena ikut!" Hana tersentak. Arahan keras yang keluar dari mulut Adam benar-benar menyesakkannya. "Mana satu aku nak ikut ni? Susah betul kalau semua nak jadi bos ni!" mendengusku perlahan lantas aku membuat pusingan ala-ala drift tuwh. Bior padan muke ngan si Adam ni.
Mataku liar memerhati sekeliling. Di renungnya deretan kilang yang tersusun di kiri & kanan jalan. Banyak2 tempat,sini jugak kau nak datang.Aik…macam aku penah dating sini je.Jangan-jangan….“Berhentikan kereta dekat sini” Kata-kata Adam itu mematikan tingkahku yang asyik merenung deretan kilang-kilang di di sisinya. “En. Adam nak jumpa siapa?” Soalku ingin tahu.
“Kawan lama aku” Ringkas sahaja jawapan yang diberikan.

Dadaku yang sejak tadi dilanda debar, makin menjadi-jadi debarannya. “Tak mungkin!aaaaa” kelibat abang longnya yang berpeluk-pelukkan dengan Adam. “Adoi! Matilah aku kalau abang long tahu aku jadi driver pada kawan dia. Habislah!”. Secepat yang mungkin aku menyorok terpelosok dalam.Selamat badan aku yang kecik dan comel senang nak sorok.cehh…sempat ag aku n perasan
Sejam berlalu. “Amboi lamanya! Meeting ke apa ni? Lama bukan main!” Gerutuku. Lenguh-lenguh badan aku dibuatnya akibat terpelosok di hujung tempat duduk pemandu. Tiba-tiba telefon aku yang sangatlah canggih ni berbunyi. “Habislah aku!” Desisnya perlahan bila melihat nombor telefon Datin Sarah tertera di skrin telefonnya. “Hello Datin! Hana bercakap” Dia bersuara sopan. “Hoi! Dah pukul berapa sekarang ni? Masih belum sampai-sampai lagi? Semua tetamu dah datang tau tak!” Laila memicit-micit telinganya beberapa kali. Jerkahan kuat suara Datin Sarah begitu menyakitkan telinganya. “Huh! Tak padan dengan tua!.Kenapalah aku diketemukan keluarga yang pelik ni.Selamat Dato’ Sufian sungguh baik” keluhku. “Errr…Sekejap lagi saya sampai Datin. En. Adam tengah berjumpa dengan kawan dia” aku cuba berusaha mengawal suaraku. Kalau diikutkan hatinya, memang dah lama orang tua ini disumpah seranah. Erk…

“Berjumpa kawan? Siapa? Bagi telefon ni pada Adam. Saya nak bercakap dengan dia!” Keras suara Datin Sarah dihujung talian. Kerutan dahiku dah entah berapa lapis pon aku tak tahu. “Tapi Datin, En. Adam kat dalam office kawan dia. Dia dah pesan kat saya jangan ganggu dia. Tak apalah Datin, saya janji ½ jam lagi saya mesti sampai kat rumah Datin” Kalisku. Nak cari nahas? Tak mungkin dia akan pergi ke sana. Seolah-olah menyerah dirinya ke mulut naga. Kalau abang longnya tahu, semestinya berita ini akan sampai ke telinga emak di kampung. Dan kalau emak dah tahu, faham-faham sahajalah kesudahannya.

“Baiklah! Dalam masa ½ jam mesti sampai dekat rumah. Kalau tidak, saya sendiri akan ke sana!” Amaran keras Datin Sarah disambut kelat! “Mentang-mentanglah orang kaya! Dibuatnya kita ni cam hamba dia pulak” geramku hanya mampu terluah di hati. Sakit benar hatinya dengan Datin Sarah. “Yang hantu sorang ni pun satu hal. Dia punya pasal aku pulak yang kena marah” Dijenguk kepalanya ke luar tingkap mencari kelibat Adam yang tiba-tiba hilang. Diperhatinya sekeliling “ Laaa.. Mana pulak perginya. Hish! Dah lambat dah ni. Kang mengamuk lagi Si Datin tu”

Tersentak aku dibuatnya bila tocang rambutku ditarik dari belakang. “Adoii…Apa ni? Main tarik-tarik lak rambut saya! Mak saya pun tak pernah tarik rambut saya tahu tak!” Jerkah ku. Sakit tawuu! Digosok-gosok kepalanya yang terasa sakit. Adam mengekek-ngekek ketawa. “Sebab mak kau tak pernah tariklah, aku tarik.” Ujarnya. Ketawanya pecah lagi.
“Gila.Sewel agaknya budak ni”. Kereta Camry dipecutnya agak laju tanpa menghiraukan tawa si Adam yang masih bersisa


Ramai benar tetamu yang hadir. Semuanya orang-orang kenamaan. Macam-macam gaya dan fesyen diperagakan.
“Macam pertunjukkan fesyen pulak aku tengok!” aku berbisik sendirian sambil tersengeh. Tujuanku kini ingin pulang.tugasku dah selsai
“Eh? Laila, dah nak balik ke? Makanlah dulu”. Dato’ Fuad menegurku sambil menguntum senyum kearahku.
“Tak apalah Dato’. Macam tak sesuai je saya kat majlis ni. Lagi pun pakaian saya ni macam tak kena gaya je!” Ujarku sambil ketawa kecil.

“Kenapa pulak tak sesuai? Tak kisahlah pakai pakaian apa sekalipun, majlis ni bukannya majlis rasmi. Nak pakai apa pun boleh.”

Datin Sarah bukan main lagi melaram. Baju kurungnya berkelip-kelip dipanahi sinaran lampu. “Dah macam nak pergi disko.Aisyhh…mulut aku takde insurans betul”.Kelihatan seorang gadis cantik di sisinya. Ayu berbaju kebaya songket dengan rambut terurai lembut.
“Assalamualaikum semua! Ada sedikit pengumuman yang saya nak buat malam ni!” Suara Datin Sarah yang bergema itu mematikan tingkah semua tetamu. Masing-masing mata mengarah ke arah Datin Sarah yang tersenyum-senyum disisi Dato’ Sufian.

Aku yang kebetulan memang berdiri di belakang Adam menjadi serba salah, kerana secara tidak langsung semua mata mengarah kepadanya. “Kenapalah aku memandai-mandai makan kat sini! Kalau aku tahu tadi lebih baik aku makan kat luar je!”.
“Saya dengan berbesar hati mengumumkan pertunangan anak saya Adam dengan Salina anak Datin Zalina” Ujar Datin Sarah penuh bangga. Tetamu yang hadir, masing-masing bertepuk tangan. Gadis ayu bernama Salina itu mula tersenyum malu bila mendapat ucapan tahniah para tetamu. Baik aku chow dulu.Mencacatkan agenda je.

kelihatan Adam tersentak! Mungkin terkejut kot.Ni mesti kes tak taw kena jodohkan.Nasib kaulah,tulah padahnya kenakan aku tadi siang.Sekarang kau kena lak .Baru kau tahu, daulat anak jati Johor ni.Hahahahah...
“Apa ni. Mama tak bincang dengan aku pon.Tak boleh jadi ni.Aku kena cari.haaaaa“bisik Adam dalam hati yang sudah pun mendapat idea
 “Minta maaf semua!” Adam tiba-tiba bersuara memecah kebisingan di antara tetamu. “Saya nak buat sedikit pembetulan. Mama saya tersilap sebenarnya. Bakal tunang saya bukannya Salina tapi Hana” Ujar Adam kuat sambil menarikku berdiri disisinya.

Masing-masing terlopong memandang ke arah aku dan Adam. Dato’ Sufian dan Datin Sarah berpandangan sesama sendiri. Mataku terbeliak memandang Adam yang tersenyum selamba. Daging sate yang ku makan bagaikan tersangkut dikerongkong. “Mama, papa dan semua yang hadir, saya dan Hana dah lama bercinta. Hampir 5 tahun. Kami bercinta melalui internet dan saya tidak sangka akhirnya akan dapat menemui kekasih hati saya pada hari ni. Betulkan Hana?” Ujar Adam sambil merenung lembut ke arahku. Cengkaman kuat tangan Adam di bahuku cukup memaksaku mengiyakan katanya, nak taknak aku terpaksa menganggukkan kepalaku. “Dah 5 tahun bercinta? Ish! Biar benar hantu ni! Aku sekolah lagi masa tu.” Desisnya bingung.Terkena balik aku


Bersambung...

1 comment:

  1. kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
    Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
    ditunggu kunjungan baliknya yaa :)

    ReplyDelete

Daisypath Vacation tickers